Thursday, December 4, 2014

Tanda hati yang bahagia

Sahabat setia Rasulullah SAW, Ibnu Abbas RA, pada usia 9 tahun sudah menghafal Al-Quran, memberikan penjelasan bahawa ada 7 tanda seseorang mendapat kebahagian hati di dunia dan insya’Allah di akhirat adalah seperti berikut :

1. Qolbun Syakirun (hati bersyukur) 
Ertinya selalu menerima seadanya (qona’ah), sehingga tidak ada cita-cita yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang bersyukur.

2. Al-Azwaju Solihah / Solih, (pasangan hidup yang soleh) 
Pasangan hidup yang soleh yang akan menwujudkan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula.

3. Al-Aulaadur Abrar (anak yang soleh) 
Doa anak yang soleh untuk orang tua nya dijamin dikabulkan Allah, berbahagialah ibu bapa yang memiliki anak soleh / solehah.

4. Al-Biatu Solihah, (persekitaran yang baik)
Persekitaran kehidupan yang kondusif untuk iman kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh yang selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan bila kita melakukan kesalahan.

5. Al-Mal halal (harta yang halal)
Bukan banyaknya harta tapi halalnya yang dimiliki. Harta yang halal akan menjauhkan ancaman syaitan dari hati. Hati menjadi bersih, suci dan kukuh sehingga memberi ketenangan dalam hidup. Berbahagialah orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.

6. Tafaquh Fid-din (semangat untuk memahami agama)
Dengan belajar ilmu agama, akan semakin cinta kepada agama & semakin tinggi cintanya kepada Allah dan RasulNya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7. Umur yang baroqah.
Ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Semakin tua semakin rindu untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Inilah semangat hidup orang-orang yang baroqah umurnya.

Renung-renung dan selamat beramal…. Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment