Sunday, December 7, 2014

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : “Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran:160)

HURAIAN

Apabila Allah SWT hendak menolong kaum muslimin, maka tidak ada satupun yang dapat menghalanginya sebagaimana Allah menolong kaum muslimin pada perang Badar disebabkan mereka berserah diri kepada Allah. Demikian pula apabila Allah hendak menghina atau hendak menimpakan malapetaka kepada mereka maka tidak ada sesuatupun yang dapat menghalang-halanginya, sebagaimana yang terjadi pada perang Uhud akibat kurang patuh tidak berdisiplin kepada komando Rasul. Oleh karena itu, hendaklah setiap mukmin bertawakkal sepenuhnya kepada Allah, karena tidak ada yang dapat membela kaum muslimin selain Allah.

KESIMPULAN

Seseorang yang beriman mesti sentiasa ingat tiada sesuatu selain Allah boleh masuk campur dalam apa-apa perkara. Melupakan kebenaran ini membawa seseorang kepada kelalaian. Syaitan akan memperdaya manusia untuk berfikir bahawa setiap perkara berlaku dengan sendirinya dan manusia yang campur tangan dalam sesuatu perkara dengan sendirinya akan terpesong. Walaubagaimanapun, ini sesungguhnya adalah tipu daya syaitan yang mematahkan semangat seseorang dan menghalangnya daripada berfikir dengan waras.


Namun, jika Allah mengizinkan sesuatu yang baik. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Untuk itu, seorang muslim tidak patut menyimpang daripada mempercayai Allah sepanjang hidupnya. Dia perlu menunjukkan keazaman dan kesabaran yang jitu. Bertindak dengan menyedari bahawa apa yang menimpanya hanyalah satu ujian daripada Allah untuk membuatkannya layak ke syurga. Sebagai balasan daripada ketabahan yang ditunjukkannya, dia menjangkakan untuk kekal di dalam syurga selama-lamanya sebagai seorang yang mendapat cinta dan keredhaan Allah. Semua ini hanya diperolehi orang beriman yang tabah dalam kesabaran dan meletakkan kepercayaannya kepada Allah sehingga akhir hayatnya.

0 comments:

Post a Comment