Monday, December 8, 2014

SOLAT DHUHA AKSES ENERGI KEKAYAAN

“Hasyim (60) terbaring lemah. Kedua kaki dan tangannya terasa lemah. Sudah beberapa hari ini, dia hanya berbaring di ruang kamar kediamannya. Dia menderita penyakit aneh. Sekujur tubuhnya terasa sakit. Persendian tangan dan kakinya sakit dan sukar untuk digerakkan”.
Tubuh manusia memiliki ratusan tulang yang masing-masing dihubungkan dengan persendian. Jumlah pensendian dalam tubuh manusia adalah 360, sebagaimaana disebutkan oleh Rasulullah SAW dan dibenarkan oleh para doktor. Kita tidak dapat membayangkan, bagaimana jika tulantg-tulang yang ada dalam tubuh kita tersebut tidak dihubungkan dengan persendian. Atau salah satu persendian tersebut tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Maka, tidak ada yang mengetahui betapa besarnya nikmat ini kecuali orang yang telah kehilangan nikmat tersebut, sebagaimana yang dialami oleh Hasyim diatas. Sekujur tubuhnya sakit, persendian tangan dan kakinya terasa sakit dan sukar untuk digerakkan.
Sedekah tanpa harta
Setiap hari, persendian kita mempunyai kewajipan untuk bersedekah sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah, Dzat yang telah menciptakannya. Caranya banyak sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
“Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang yang berselisih adalah sedakah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah”. (HR.Bukhari dan Muslim).
Begitu berat dan letihnya kita jika harus melakukan berbagai amal tersebut setiap harinya. Sehingga para sahabatpun bertanya, “Siapa yang sanggup melakukan, wahai Rasulullah SAW?” Maka baginda menjawab, “Jika dia tidak mampu, maka dua rakaat Dhuha sudah mencukupinya.”(HR Ahmad dan Abu Dawud).
Rasulullah SAW memberikan kemudahan kepada umatnya, bahawa semua sedekah yang dilakukan oleh anggota badan tersebut dapat diganti dengan dua rakaat solat Dhuha, kerana solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing.
Jumlah rakaat Dhuha minima adalah 2 rakaat sedangkan maksimanya adalah 8 rakaat. Dengan mengerjakan 2 rakaat Dhuha, kita telah melaksanakan salah satu wasiat Rasulullah SAW.
Abu Hurairah r.a. Berkata, “Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan tiga perkara: puasa selama tiga hari setiap bulannya, dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum aku tidur.” (Muttafaq Alaih).
Keutamaan Solat Dhuha
Meskipun bernilai sunnah, solat ini mengandungi banyak fadhilah (keutamaan), namun tidak ramai dari kita yang memperhatikannya. Diantaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Darda r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai Adam, solatlah untukKu empat rakaat pada permulaan hari, maka Aku akan mencukupi keperluanmu pada esok harinya” (HR. Tirmidzi).
At Thayyibi menerangkan bahawa dengan mengerjakan empat rakaat di pagi hari, Allah akan mencukupi keperluan kita dan menjauhkan kita dari semua yang tidak kita inginkan hingga esok hari. Fadhilah lainnya, orang yang mengerjakannya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang kembali kepada Allah. Kerana solat Dhuha adalah solat Awwabin, yakni solatnya orang-orang yang kembali kepada Allah (bertaubat). Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyebutkan bahawa pahala orang yang mengerjakan solat Dhuha seperti orang mengerjakan umrah.
Menjadi kaya dengan Solat Dhuha?
Ada diantara kaum muslimin yang begitu bersemangat mengerjakan Solat Dhuha. Namun ironisnya ketika mereka melaksanakan solat wajib, justeru dalam keadaan malas atau bersahaja dan sambil lewa sahaja dan hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja. Solat Subuh dikerjakan jam enam pagi dan Solat Asar hanya kalau sempat saja. Penyebabnya, ada tujuan lain ketika mereka mengerjakannya iaitu ingin mendapatkan balasan di dunia, biar lancar rezekinya dan menjadi orang yang kaya raya. Sehingga doa-doa yang dipanjatkanpun hanya berkenaan dengan kelancaran rezeki. Demikian fenomena yang sering kita dapati dalam masyarakat. Dunia, mungkin saja mereka perolehi. Boleh jadi akan semakin lancar rezekinya dan kerjayanya terus meningkat. Namun apa yang mereka peroleh di akhirat? Qatadah r.a ketika menafsirkan Surah Hud: ayat 15-16, dia berkata, “Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari –cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai balasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dalam beribadah (yang hanya mengharapkan wajah Allah), selain akan mendapatkan balasan di dunia dia juga akan mendapatkan balasannya di akhirat.”
Luangkan waktu
Waktu pelaksanaan Solat Dhuha adalah ketika matahari mulai naik sepenggalan, kira-kira seperempat jam setelah  matahari terbit hingga waktu zawal (matahari tergelincir). Dan waktu yang paling afdhal adalah ketika matahari mulai panas.
Memang, tidak mudah untuk melaksanakan Solat Dhuha. Kerana waktunya bertepatan dengan masa yang dimulai dengan aktiviti seharian, orang sibuk bekerja mencari rezeki pada waktu tersebut. Namun, sesempit apa pun waktu kita kerana aktiviti sehari-hari, jika kita luangkan waktu sejenak untuk mengerjakan Solat Dhuha, InsyaAllah tidak akan mengurangi jatah rezeki yang telah ditentukan untuk kita. Kalau sukar untuk meluangkan waktu pada waktu tersebut, kerana peraturan tempat kerja yang begitu ketat maka Solat Dhuha boleh kita kerjakan sebelum masuk waktu kerja. Nah, mari awali kerja kita dengan melaksanakan Solat Dhuha.
Untuk bimbingan Kejayaan Dalam Kehidupan Dunia dan Akhirat, hadirilah bengkel di Akademi MKFAI setiap Ahad di Ukay Perdana. Sila lawat www.akademimkfai.com. Anda akan dibimbing oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd Rahman
http://qalbunsalim.net/

0 comments:

Post a Comment