Thursday, December 4, 2014

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT

KISAH NABI MUSA A.S. JADI PENGAJARAN 

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinannya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa AS, ada seorang pemuda yang sudah berumah tangga, mereka tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati ingin bernazar, “kalau aku dapat anak, akan sanggup minum air kencing anjing”.

Nak dijadikan cerita, ALLAH pun kurniakan isteri si pemuda itu dan melahirkan anak dengan selamat. Apabila dapat anak, lelaki ini pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing.

Syariat pada zaman Nabi Musa AS berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kalau umat Nabi Muhammad SAW, bernazar dengan benda yang haram, maka tak payah buat tetapi kena digantikan dengan sedekah (dam). Tetapi kalau zaman Nabi Musa AS, barangsiapa bernazar, walaupun dengan benda haram, tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu sipemuda yang baru mendapat anak itu, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa AS dan menceritakan (mengadu) segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa AS menjawab pemuda itu tak perlu minum air kencing anjing tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing.

Apakah air itu?

Nabi Musa AS perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun dengan senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa AS tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing. Itu baru air bumbung, belum air tangannya lagi..

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan makanan masakan ibu, isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau kita meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan yang akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya. Anak-anak, suami pula akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat? Mesti tak tergamakkan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi, petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pula segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 

Pendek kata, tolong jangan tinggal solat. Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment