This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, December 28, 2014

10 Amalan Dan Ibadah Rasulullah SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat pula, kaum mulimin disaranankan agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Firman Allah SWT:

33:21

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”  (Surah Al-Ahzab; Ayat,21)


10 Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Di antara amal ibadah yang dilakukan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah:


1.     Wuduk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam


# Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari tandas, Kemudian dihidangkan kepadanya makanan,  lalu para sahabat bertanya: “Apakah kami perlu menyediakan bagi Tuan air wuduk’?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya daku disuruh berwuduk apabila daku akan melakukan solat.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Isma’il bin Ibrahim, dari Ayyub, dari Ibnu Mulaikah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

# “Aku baca dalam Taurat bahawa berkah makanan itu kerana berwuduk sebelum makan dan berwuduk sesudahnya. Hal tersebut kutanyakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku nyatakan apa yang pernah kubaca dalam Taurat itu; Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berkah makanan itu disebabkan berwudhu sebelum makan serta sesudahnya.” (Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari Abdullah bin Numair, dari Qeis bin Rabi’*. Hadist ini pun diriwayatkan pula oleh Qutaibah, dari `Abdul Karim al Jurjani, kedua riwayat itu bersumber dari Qeis bin Rabi’, dari Abi Hisyam Adahzadan yang bersumber dari Salman r.a.)
 * Qeis bin Rabi’ menurut Ibnu Ma’in periwayatannya da’if namun diterima oleh Ibnu Majah dan Abu Daud.


2.     Membaca Al-Quran


# “Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Bagaimanakah bacaan (Al Qur’an) RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam?” Beliau menjawab: “Bermad (bertajwid).” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jurair bin Hazim, dari ayahnya, yang bersumber dari Qatadah r.a.)

# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memotong bacaannya (pada setiap ayat). Beginilah cara membacanya: “Alhamdulillahi Rabbil Alamin”, kemudian Baginda berhenti. Seterusnya dibaca: “Arrahmanirrahim”, kemudian Baginda berhenti. Lalu dibaca lagi: “Maliki yaumiddin”.” (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Yahya bin Sa’id al Umawi, dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Abi Mulaikah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)


3.     Solat Sunat Di Rumah


# “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang solat di rumah dan solat di masjid.” Baginda bersabda: “Sungguh, kau melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sesungguhnya aku lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fardhu.” (Diriwayatkan oleh `Abbas al Anbari, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari al A’la bin Harits, dari Haram bin Mu’awiyah, yang bersumber dari bapa saudaranya Abdullah bin Sa’ad r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak wafat, sampai kebanyakan solatnya (solat sunnat) dilaksanakan dalam keadaan duduk.” (Diriwayatkan oleh al Hasan bin Muhammad az-Za’farani, dari al Hajjaj bin Muhammad, dari Ibnu Juraih, dari Utsman bin Abi Sulaiman, dari Abu Salamah bin Abdurrahman, yang bersumber dari Aisyah r.a.)


4.     Solat Rawatib


# “Aku pelihara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berupa solat lapan rakaat,  dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat Maghrib dan dua rakaat sesudah solat Isyak.” Seterusnya IbnuUmar berkata: “Hafshah menceritakan kepadaku perihal dua rakaat Solat Fajar. Tapi aku tak pernah melihatnya dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Marwan bin Mu’awiyah al Farazi, dari Ja’far bin Burqaq, dari Maimun bin Mihran, yang bersumber dari Ibnu `Umar r.a)
Disebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat Fajar di rumahnya, maka Ibnu Umar tidak pernah melihatnya. Hafshah (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan abangnya Ibnu Umar, keduanya adalah putera Umar bin Khathab r.a.


5.     Solat Dhuha


# “Aku mendengar Mu’adzah (binti Abdullah al-Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada Aisyah r.a.: “Apakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammengerjakan solat pada waktu Dhuha?” Aisyah r.a. menjawab: “Benar, Baginda melakukan empat rakaat. Dan kadang-kadang Baginda menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat empat rakaat sesudah tergelincir matahari, sebelum solat Zohor.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya waktu itu merupakan masa pintu-pintu langit terbuka. Maka aku menyukai amal soleh ku diangkat pada saat itu.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Mutsana, dari Abu Daud, dari Muhammad bin Muslim bin Abil Wadldlah, dari Abdul Karim al Jazari, dari Mujahid, yang bersumber dari Abdullah bin as Saib r.a.)


6.     Solat Tahajjud


# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri (solat) hingga bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Tuan membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah SWT telah mengampuni Tuan dari segala dosa, baik yang terdahulu mahu pun yang akan datang?” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Tidak patutkah daku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)

# “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat malam hari tiga belas rakaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

# “Sesungguhnya apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak sempat solat malam hari kerana tertidur atau berat rasa ngantuknya, maka Baginda lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan solat di malam hari sebelas rakaat. Rasulullah lakukan solat witir (ganjil) satu rakaat. Apabila Baginda selesai melakukan solat itu, Baginda berbaring dengan lambung kanannya di sebelah bawah.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa, dari Ma’an, dari Malik, dari Ibnu Syibab, dari Urwah,yang bersumber dari `Aisyah r.a.)


7.     Solat Witir


# Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.  dari Abu Hurairah, Rasullulah   Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

# Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)


8.     Zikir Rasulullah SAW


# Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.; “Beberapa orang miskin (fakir) menemui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata, “Orang kaya akan mencapai darjat tinggi dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu melaksanakan ibadah Haji dan Umrah; berperang di jalan Allah dan menderma.”

# Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kukatakan sesuatu kepada kamu yang apabila kamu kerjakan, kamu akan mampu mengejar orang-orang yang mengunggulimu? Tidak ada yang akan melebihi kamu dan darjat kamu akan lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kamu kecuali yang mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali setiap kali selesai mengerjakan solat.”

Perawi hadis ini berkata, “Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda bersabda, “Ucapkanlah; Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.”(Sahih Bukhari, Hadis No.: 479)

# Dari Jabir bin Abdullah ra., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR. Tirmidzi)


9.     Puasa Sunat


# “Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada bulan Syaaban dan Ramadhan. (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Manshur, dari Salim bin Abil Ja’di, dari Abi Salamah, yang bersumber dari Ummu salamah r.a.)

# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah r.a.)

# “Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah r.a.)


10.  Sedekah


# Diriwayatkan ketika Sayyidatina Aishah dikunjungi peminta sedekah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meminta Aisyah memberikan separuh daripada kurma yang mereka ada kepada seorang hamba kerana ia sudah mencukupi untuk Aisyah dan juga kepada hamba itu.

# Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan meminta sesuatu daripada Baginda.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berasa ihsan lalu berusaha membantu lelaki Ansar mencari modal dengan melelong dua barang yang ada pada lelaki itu kepada sahabat yang hadir dan berjaya mendapatkan dua dirham.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyerahkan wang itu kepada lelaki Ansar berkenaan lalu berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluan keluargamu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali ke sini.” Beberapa ketika kemudian lelaki itu kembali semula menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamdengan membawa sebilah kapak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu dan berkata, “Pergilah cari kayu api sebanyak mungkin lalu hasilnya kamu jualkan di pasar.” Lelaki itu akur melaksanakan apa yang disaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dua bulan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaporkan hasil kerjanya yang berjaya meraih wang sebanyak sepuluh dirham. Kemudian Baginda meminta wang perolehan itu digunakan untuk membeli pakaian dan makanan keluargalelaki Ansar tersebut.”

# Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi) ~ Abdullah bin Harits, pernah ditanyakan tentang Baginda: Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR Tirmidzi).

# Ibn Abbas melaporkan: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, December 26, 2014

Persiapakanlah 7 Bekalan Untuk Menghadapi Saat Kematian

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian  yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Rasulullah s.a.w. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya  rohnya kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.  Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti  mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)

Amalan Kelima :  Ilmu yang bermanfaat.

Iilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Amalan Keenam : Anak yang soleh  yang mendo'akannya .

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan do'a anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah s.w.t.

Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.

Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Menurut panduan al-Qur'an pada tiap-tiap kali seseorang itu berdoa memohon rahmat bagi dirinya ibu bapa dan kaum kerabatnya eloklah ia meluaskan do'anya itu sehingga meliputi umat Islam umumnya yang hidup dan yang mati.

Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut: وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ."Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya."

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Sahabat yang dihormati,Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Pepatah ada megatakan : "Sediakan payung sebelum hujan" untuk kita menghadapi saat kematian maka kita perlu sediakan tujuh perkara sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi direrdhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Tuesday, December 23, 2014

4 Pertanyaan Imam Ghazali pada Murid-muridnya

SUATU hari, Imam Ghazali bertanya, pertama. “Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. “Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati”. Sebab itu sudah janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati, (Al-Imran:185).”

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. “Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, ”Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab, “Gunung, bumi, dan matahari.”

“Semua jawapan itu benar,” kata Imam Ghazali. “Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’.(Al-A’raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.”

Pertanyaan keempat adalah, ”Apakah yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.

“Semua jawapan tersebut hampir benar,” kata Imam Ghazali, “tapi yang paling berat adalah memegang AMANAH, (Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.”

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,”Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.”

“Semua itu benar,” kata Imam Ghazali. “Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan shalat.”

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “Pedang…”

“Benar,” kata Imam Al-Ghazali. “Tetapi yang paling tajam adalah lidah manusia”. Karena melalui lidah manusia ia bisa menyakiti hati dan melukai perasaan orang lain.” 

[Sumber: blogdemellizos]

Monday, December 22, 2014

5 KEMULIAAN PELIHARA SOLAT

Melakukan solat fardhu walaupun paling lama hanya lebih kurang sepuluh minit sahaja tetapi masih yang tidak menunaikannya. Malah ramai yang mengabaikannya kerana menganggap itu adalah urusan mereka dengan ALLAH. Terdapat tiga golongan yang menunaikan solat.

Golongan yang pertama terdiri daripada mereka yang tekun dan rajin menunaikan solat. Golongan kedua, mereka yang menunaikan solat ketika waktu lapang sahaja manakala golongan ketiga terdiri daripada mereka yang tidak ambil peduli sama ada mahu menunaikan solat atau tidak.

Golongan kedua dan ketiga inilah yang pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadisnya yang bermaksud, “Akan datang kepada manusia suatu masa bahawa ada golongan manusia yang mendirikan solat padahal mereka sebenarnya tidak bersolat.”

Kalau kita rajin memerhatikan, pelbagai ragam dapat dilihat apabila seseorang itu menunaikan solat. Tidak kiralah sama ada solat berjemaah atau bersendirian. Tidak dinafikan ramai di antara kita kadang-kadang tidak faham apa yang dibacakan dalam solat. Mereka menghafal kalimah yang dipelajari tanpa mengetahui maksud ayat yang dibaca.

Ada juga yang bersolat kerana rakan bersolat sedangkan solatnya itu tidak pernah khusyuk. Mereka melakukan dalam keadaan terpaksa kerana malu dikatakan tidak bersolat tetapi sebenarnya ia dilaksanakan bukan dengan niat yang ikhlas.

Apa yang pasti, bukanlah satu perkara mudah untuk memelihara solat dengan penuh kesempurnaan seperti yang dituntut oleh agama. Namun, seseorang muslim perlu berusaha ke arah mendapatkan solat yang lebih sempurna. Antara caranya ialah berwuduk dengan sempurna, membaca setiap bacaan yang ditetapkan dengan hati dan difahami, memandang ke arah kiblat dan sebagainya.

Orang yang sentiasa memelihara solat akan dirahmati oleh ALLAH dengan cara dilapangkan kesempitan hidup, terselamat dari azab kubur, diberikan ketenangan fikiran, redha dan berlapang dada dengan apa yang ditakdirkan dan pelbagai kemuliaan yang lain.

Sebaliknya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja pula akan mendapat balasa setimpal dengan perbuatan itu. Kehidupan mereka sentiasa terumbang-ambing, rezeki mereka sempit, jiwa mereka keluh kesah dan resah gelisah serta wajah mereka tidak ada cahaya iman. Pada hari akhirat kelak, mereka akan diazab oleh ALLAH seberat-beratnya dengan api neraka yang marak menyala.

ALLAH SWT telah memberikan pelbagai bentuk rukhsah dan kemudahan kepada umatnya agar terus tekun mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Contohnya, bagi mereka yang sakit dan tidak mampu berdiri, ALLAH beri kelonggaran untuk bersolat secara duduk, berbaring, hatta menggunakan kelopak mata jika keadaan mereka benar-benar kritikal. Begitu juga bagi wanita yang mengalami istihadah iaitu pendarahan yang bukan haid, mereka dibenarkan menjamakkan solat. Termasuklah juga mereka yang dalam musafir, boleh juga menjamakkan dan mengqasarkan solat.


Berdasarkan peruntukan yang disediakan ini, amatlah tidak wajar jika masih wujud umat Islam yang meninggalkan solat limat waktu. Mereka yang berani menentang arahan ALLAH SWT ini akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Oleh itu, peliharalah solat sebaik mungkin. Solat yang didirikan dengan sempurna dapat menghindari kita dariapda perbuatan keji dan mungkar. Ini adalah janji-NYA. Sesungguhnya DIA tidak pernah memungkiri janji.

Sunday, December 21, 2014

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

Soalan: Prof Madya Dato’ Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.
Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dato Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya: “Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).

2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.

3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620): “Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas kerjanya Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:

وَاللهِ لَقَدْ أَعْطَانِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَعْطَانِي، وَإِنَّهُ لَأَبْغَضُ النَّاسِ إِلَيَّ، فَمَا بَرِحَ يُعْطِينِي حَتَّى إِنَّهُ لَأَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ
Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).

5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: 

وَمِنْهُمْ مَنْ يَلْمِزُكَ فِي الصَّدَقَاتِ فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا وَإِنْ لَمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ (58) وَلَوْ أَنَّهُمْ رَضُوا مَا آتَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ سَيُؤْتِينَا اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَرَسُولُهُ إِنَّا إِلَى اللَّهِ رَاغِبُونَ
(maksudnya) “dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: "cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah".

Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar: “Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid). Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.

6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!

7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya) “Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).

8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: 

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
(maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).

Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.

9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

SYAITAN MENJAUHINYA

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

"Apabila seseorang keluar dari rumahnya, lalu dia membaca :

بسم الله، توكلت على الله، و لا حول ولا قوة إلا بالله.

Pada ketika itu, akan disebut kepadanya :

Kamu akan diberikan hidayah dan petunjuk daripada Allah, cukuplah bagimu dengan perlindungan-Nya dan dirimu akan terpelihara di sisi-Nya.

Syaitan serta merta menjauhinya. Lalu ada syaitan lain yang datang mahu mengganggu.

Syaitan yang mendengar bacaan doa tersebut berkata kepada syaitan yang baru datang untuk mengganggu :

"Bagaimana mungkin kamu boleh mengganggu orang ini yang telah dijamin oleh Allah bahawa dia di dalam hidayah Allah, dicukupkan dia dengan perlindungan tersebut bahkan dia terpelihara di sisi Allah."

Hadith Sahih riwayat Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi, dan Imam An-Nasa'ie.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa beramal dengan zikir dan doa yang diajar oleh Nabi-Mu Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam."

Abu 'Ammar Madani,
Baitul Mawaddah, Taman Pelangi Semenyih.

Wednesday, December 17, 2014

Kisah Nabi Idris AS Melihat Surga dan Neraka

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.

Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.

Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.

“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.

Firman Allah:

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

p/s:
Semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah s.w.t agar berpeluang merasa nikmat syurga. 
Amiin...

Bolehkah elektrik memasuki badan kita melalui flash kamera digital?

Bolehkah elektrik memasuki badan kita melalui flash kamera digital?
Ya 100% ia boleh berlaku.

Kejadian ini berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 21 tahun yang belajar kejuruteraan. Beliau meninggal dunia di hospital Keshwani. Beliau telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan terbakar.
Sebab ?? Dia pergi ke Amravati untuk lawatan sambil belajar.beliau sedang menunggu kereta api di stesen kereta api bersama-sama dengan kawan-kawannya. Ramai daripada mereka telah mengambil foto dalam telefon bimbit mereka dan juga kamera digital. Pelajar ini juga cuba untuk mengambil gambar. Remaja lelaki itu tidak boleh mendapatkan gambar yang baik dari tempat dia berdiri. Jadi, untuk mendapatkan gambar lengkap, dia berundur sedikit. Tempat di mana dia berdiri, terdapat wayar elektrik 40,000 volt. Sebaik sahaja dia menekan butang kamera digital, elektrik 40,000 volt memasuki kamera melalui flash kameranya dan kemudian jari dan kemudian seluruh badan remaja itu. Semua ini berlaku dlm beberapa saat dan badannya 50% terbakar.dalam keadaan itu dia telah dibawa ke hospital Keshwani dan kemudian ke Mumbai dengan ambulans. Dia tidak sedarkan diri untuk 1 setengah hari. Oleh kerana badannya 50% terbakar, doktor mempunyai harapan tipis untuknya. Selepas itu dia meninggal dunia.

Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana kita semua menggunakan telefon bimbit.

Adakah kita bertanggungjawab?

‪#‎elakkan‬ menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.

#elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

‪#‎apabila‬ anda menerima panggilan semasa mengecas telefon bimbit; pertama keluarkan pin pengecas dan kemudian menerima panggilan.

# tidak meletakkan telefon bimbit di atas katil atau perabot kayu ketika mengecas.

‪#‎jangan‬ menggunakan telefon bimbit / kamera digital -flash di stesen keretapi atau mana-mana tempat lain, di mana terdapat wayar elektrik yang ada voltan tinggi.

Ini adalah untuk keselamatan anda.

Selepas membaca, sila berkongsi kerana mesej kecil ini boleh disimpan sebagai rujukan

WAJIBKAH MERONGKAIKAN SANGGOL KETIKA MANDI WAJIB?

Soalan:Saya memiliki pintalan rambut didandan khas. Adalah menjadi kesukaran kepada saya untuk merongkaikannya setiap kali mandi. Kalau setiap hari saya terpaksa mandi wajib, apakah saya wajib merongkaikannya juga? – Erni, Johor.

Jawapan Dr MAZA: Saudari tidak wajib merongkaikannya, bahkan memadai dengan memupuk ke atas kepala saudari tiga kali pupukan air kemudian menyiram ke atasnya air. Itu sudah memadai untuk bahagian kepala saudari ketika mandi wajib. Ini berdasarkan hadiS yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Umm Salamah bertanya RasululLah s.a.w:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِي فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ قَالَ لَا إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِيَ عَلَى رَأْسِكِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ

Wahai RasululLah! Saya memiliki dandanan yang kuat (pintalannya), apakah saya perlu merongkaikannya untuk mandi junub?. Jawab baginda: “Tidak, hanya memadai engkau memupuk ke atas kepalamu tiga kali pupukan air, kemudian engkau menyiramnya maka engkau telah bersuci”.
Namun jika ada bahan-bahan lain yang menghalang air di kepala saudari, maka bahan tersebut hendaklah dibuang terlebih dahulu.

DrMaza.com

JAMAK KESUNTUKAN MASA

Soalan: Dr, bolehkah seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan yang memakan waktu yang panjang, ataupun tugasan yang tiada ruang untuk ditinggalkan untuk dia menjamakkan solatnya? Imran, Penang.

Jawapan Dr MAZA: Supaya tidak terkeliru, fahaman senarai perkara berikut;

1. Terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.

2. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat.

3. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan untuk jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ini seperti hujan, ketakutan ancaman, kesibukan melampau dan seumpamanya.

4. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor ataupun maghrib dalam waktu Isyak iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr, ataupun selepas tiga rakaat maghrib ditunai empat rakaat Isyak. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara menangguhkan Zohor ke waktu Asar, ataupun pada waktu Isyak dengan cara ditangguhkan maghrib ke waktu Isyak.

5. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

6. Maka, hadis-hadis yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

7. Justeru, hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.

8. Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut). Maka ini bukan perkara baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.

DrMaza.com